Sekilas mengenai Pelaburan Islam
1. Mudharabah
2. Bai' bithaman ajil
3. Murabahah
4. Musawamah
4. Musyarakah
5. Ijarah
6. Ijarah thumma al-bai'
7. Qard-ul-Hassan
8. Bai At-Tawarruq(Mudharabah Terbalik)
9. Bai-Assalam
10.Istisna
11.Bai Al-Dayn
12.Bai Al-Istijrar
13.Kafalah
14.Rahn
15 Wakalah
14.Sarf
15.Ujr
Mudharabah: Urusniaga yg melibatkan dua pihak atau lebih iatu pemodal dan peniaga. Disini peniaga memberikan modal(mungkin dalam bentuk wang,barang niaga,barang produksi dan lain2) kpd peniaga untuk diniagakan.Manakala peniaga menggunakan kepakarannya bagi menghasikan keuntungan.
Kelebihan:
Dapat memanafaatkan kepakaran peniaga bagi menjana keuntungan maksimum
Keuntungan dibahagi antara pemodal dan peniaga mengikut kadar yg dipersetujui
Menjana ekonomi umat islam
Menyediakan peluang pelaburan
Risiko:
Kerugian ditanggung oleh pemodal semata-mata(kecuali sekiranya terdapat bukti menunjukkan peniagal melakukan pengkhianatan , korupsi atau melanggari syarat perjanjian)
Peniaga melakukan pengkhianatan terhadap pemodal(seperti pecah amanah,korupsi dan lain2)
Pengurusan yang tidak cekap dan efisyen
Bai bithaman Ajil(atau Bai Muajjal):Merujuk kepada pembelian dengan pembayaran tertangguh(pembayaran ansuran).Pembayaran dibuat secara beransur-ansur dgn kadar yang telah dipersetujui ketika aqad berlaku.Contoh Ayoh ming telah menjual kerata yang bernilai Rm 10,000 secara bai bithaman ajil kpd Ayoh Re dgn harga Rm20,000(untung 10000).Ayoh Re membayar tiap-tiap bulan harga nilai kereta(sepuluh ribu) disertakan dgn kadar keuntungan(sepuluh ribu).Sesetengah peniaga mungkin tidak mengenakan sebarang keuntungan walaupun dgn bayaran ansuran(tertanggguh)
Kelebihan:
Memberi kemudahan kepada pembeli dengan bayaran secara beransur-ansur
Memberi Leveraj(kelebihan) kpd umat islam dalam memiliki lebih banyak harta dgn bayaran yang tertangguh pada kadar tetap
Mengelakkan sistem riba yang mengenakan interest charge pada kadar yang tidak tetap dan tinggi
Risiko:
Barang tersebut(barang yang dibeli) turun nilainya
Barang tersebut rosak,hancur,hilang , atau dicuri.
Pembeli tidak dapat melunaskan bayaran.
Pembeli memulangkan barang yang dibeli serta menuntut bayaran semula.
*Ini berbeza sekali pada kebanyakan pembayaran ansuran yang banyak digunakan pada zaman sekarang. Iatu dgn mengenakan caj (interest)pada kadar tertentu (mungkin 3 peratus sebulan) sebagai keuntungan drp pembayaran tertangguh.Kaedah ini termasuk dalam riba. Adapun bai bithaman ajil ,kadar keuntungan telah ditetapkan (tidak meningkat dgn lamanya waktu pembayaran) ketika aqad berlaku. Dgn memasukkannya sebagai harga ketika aqad.
Murabahah:
May 30, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)