Sambungan.....(Ekonomi Islam:Masalah Ekonomi Dunia)
Syarikat Insurans- kapitalis
Syarikat insurans yang sepatutnya memberi 'perlindungan' kepada pemegang polisi apabila bermatlamatkan keuntungan cuba meminimumkan peluang bagi pemegang polisi menuntut 'claim' mereka-bukan dengan cara mencover benda2 yang jarang berlaku(seperti claim terhadap penyakit kronik)-tetapi dengan cara mewujudkan syarat2 atau polisi2 yang sukar difahami oleh pengguna-ataupun menyembunyikan 'internal policy' yang tidak diberitahu kpd pengguna.Disamping cuba menarik minat pengguna dengan pelan yang pelbagai. Akibat yg nyata sekali apabila pengguna ingin menuntut wang mereka didapati tidak memenuhi syarat yang ditetapkan....akhirnya wang yang dibayar untuk insuran lenyap begitu shj.Dan sekiranya pengguna mahu mangambil tindakan mahkamah sekalipun,pihak insurans(terdiri drp syarikat2 besar) sudahpun bersedia dengan peguam2 yang pakar dan mereka lebih berpengalaman mengatasi hal seperti ini.
Syarikat/koperasi- kapitalis
Corporate Social Responsibility-ataupun tanggunjawab sesebuah syarikat/koperasi terhadap orang awam,alam sekitar,kualiti produk dan persaingan yang adil. Prof. Muhammad Yunus dalam bukunya 'creating the world without poverty' memberi definisi yang menarik terhadap CSR;
"CSR has two basic form. One which might be callef "weak CSR" has the credo: Do no harm to people or the planet(unless that means sacrificing profit).Company that practice weak CSR are supposed to avoid selling defective goods ,dumping factory wastes into river and landfills,or bribing the goverment official."
"The second form "strong Csr says:Do good for the people and planet(as long as you can do so without sacrificing profit).Companies that practice to benefit others as long as their do business."
Disamping definisi diatas professor juga turut memberi sebab mengapa sesebuah syarikat atau koperasi walaupun beritika CSR gagal mencapai visi antaranya:
1.Kecenderungan mengeksploitasi pekerja ,untuk mendapat keuntugan berlipat ganda kemudian derma sedikit untuk publisiti meluas.-kapitalis
2.Kecenderungan pemilik atau pemegang saham terhadap memaksimakan keuntungan.Ini menyebabkan pengarah syarikat terpaksa melupakan hasrat atau niat menyumbang kpd masyarakat-akibat tekanan pemegang saham-kapitalis
Sep 17, 2008
Sep 16, 2008
Ekonomi Islam: Masalah Ekonomi Dunia
Roy Davies dan Glyn Davies dalam buku “A History of Money from Ancient Time to the Present Day” (1996),
menulis dan menyimpulkan,“Sepanjang abad 20 telah terjadi lebih dari 20 kali krisis. Kesemuanya merupakan krisis sektor kewangan."
Sedar atau tidak sistem ekonomi dunia gagal melahirkan penyelesaian terhadap masalah ekonomi global. Betapa banyaknya penduduk dunia seperti di Benua Afrika ,yang hidup dalam kedaifan ,penganguran ,diancam bahaya penyakit dan sebagainya. Kalau ini boleh dibanggakan oleh IMF atau bank dunia ,maka sistem ekonomi sekarang tampak jelas tidak mahu membantu menyelesaikan krisis kemiskinan bahkan hanya mahu mengambil kesempatan terhadap negara miskain .Mereka menawarkan wang 'bantuan'dalam bantuk pinjamn kononnya, akhirnya negara yang ingin dibantu terjebak dalam hutang yang amat dalam akibat pengenaaan bunga yang terlalu tinggi.Seluruh ekonomi negara tersebut dikawal oleh kuasa asing.
"Yet, every day, 1.2 billion people – one fifth of the world’s inhabitants – cannot fulfil their most basic needs, let alone attain their dreams or desires."(dipetik dari laman sebuah laman web )
Semua ini berasal dari satu ras ekonomi yang diamalkan oleh negara-negara maju,teori ekonomi kapitalis.Karl Marx dalam bukunya Das Kapitalis memberi teori yang mudah terhadap kapitalisme "Seseorang yang mempunyai modal dalam bentuk wang atau mesin contohnya, dan dia mendapat keuntungan dengan membiarkan orang lain mengerjakan mesin tadi.Sudah tentu dunia mutahir mempunyai definisi yang lebih mendalm tentang kapitalisme-"Capitalism is the economic system in which the means of production are owned by private persons, and operated for profit[1] and where investments, distribution, income, production and pricing of goods and services are predominantly determined through the operation of a free market."
Perhatikan dua ciri:
1. Operated for profit-beroperasi untuk keuntungan
2. free market-pasaran bebas 'globalisasi'
Operated for profit
2. free market-pasaran bebas 'globalisasi'
Operated for profit
Sememangnya bagi peniaga visi utama mereka adalah untuk memaksimakan keuntungan.Dan dasar kapitalist sememangnya kena dangan ciri2 mereka. Tapi adakah ini sikap utama bagi institusi kewangan dunia yang berikrar mahu membantu negara-negara miskin dalam polisi mereka,ataupun bank yang ingin memberi kemudahan kepada pengguna,koperasi-koperasi mahupun syarikat yang komited terhadap masalah kemiskinan,pencemaran alam sekitar ,syarikat insurans yang memberikan polisi perlindungan terbaik kepada pemegang polisi -mengutamakan keuntungan-
Kerajaan-kapitalis
Akhirnya terjadilah apa yang berlaku di Amerika Syarikat negara kapitalis dimana rakyatnya-dalam laporan Census Bereau mengatakan 35 juta rakyat Amerika didefinisikan sebagai 'miskin' meningkat dari tahun ke tahun kebelakangan ini.Golongan berpendapatan rendah dan serdahana turut mengalami masalah di Amerika:-
"Foreclosures are up: 1.2 million Number of foreclosure filings in 2006. This number is up 42 percent from 2005.
The percentage change in foreclosures is up: 700 Percentage increase in foreclosures from 2005 to 2006."
Foreclosure-rumah yang dirampas oleh bank
Jadi dengan menggunakan dalil ini saja cukup untuk mengatakan bahawa sistem kapitalis adalah menguntungkan mereka yang kaya dan menindas golongan berpendapatan rendah dan serdahana. Model negara kapitalis yang ditonjolkan oleh Amerika cukup mengerikan apabila 35 juta rakyat dilanda kemiskinan ditambah pula dengan bencana yang kerap berlaku,kerajaan sibuk mencurah membangunkan persenjataan dengan memberikan kontrak2 berbillion kepada syarikat2 senjata 'private'.
Politik-negara kapitalisAhli politik dijanjikan dengan derma2 untuk membiayai kempen2 pilihanraya oleh golongan kapitalis. Akhirnya perasaan 'terhutang budi' kpd mereka menyebabkan ahli politik tadi menjadi 'puppet' kepada golongan kapitalis. Demokrasi telah diracuni oleh mereka. Akhirnya kongres Amerika meluluskan 'federal reserve system' yang memberikan hak mencetak wang kepada Fed yang dimiliki oleh bank2 swasta.Bank tersebut boleh mencetak wang sesuka hati. Lebih teruk lagi ,kerajaan Amerika terpaksa meminjam wang daripada Fed ditambah dengan bunga untuk setiap dollar. Satu statistik yang mengejutkan dunia apabila negara gergasi seperti Amerika Syarikat mempunyai hutang sebanyak 14 Trillion!! Kerajaan Amerika hanya mampu membayar bunga sahaja setiap tahun.
Bank- Kapitalis
"Bank ditubuhkan bagi memberi kemudahan kpd pengguna, menghapuskan kemiskinan,melicinkan ekonomi ,memberi suntikan kepada ekonomi dengan loan dan joint venture , memberi leveraj kpd pengguna dalam memiliki aset,merapatkan jurang antara kaya dan miskin dan paling utama menjana ekonomi '
Ini benar dalam buku teks tapi dalam praktis ekonomi kapitalis golongan miskinlah yang paling dibenci. Mereka dikategorikan tidak layak mendapat pinjaman kerana tidak mempunyai aset 'collateral' untuk dicagarkan.Sistem mikroloan-hutang dalam jumlah yang kecil kepada golongan miskin biasanya beratus2 sahaja- amat digeruni oleh bank kapitalis. Dikhuatiri mereka akan mengalami kerugian dalam hal ini kerana orang2 miskin biasanya tidak dapat membayar hutang mereka, bimbang walaupun mereka telah mengaut berbillion keuntungan tahunan melalui praktis perbankan yang menindas.
Memberi leveraj kepada pengguna dalam pemilikan aset-loan-ini adalah paling digemari oleh pihak bank.Terutama sekali apabila melibatkan rumah kediaman. Pengguna yang 'layak' membuat pinjaman dialu-alukan....kadar faedah yang rrendah!. Cubalah bayangkan dengan kadar bunga 7% sahaja setahun jika hutang dalam tempoh 30 tahun ...30 darab 7%=210%. Maknanya jika rumah anda beli dengan harga Rm150 000 anda perlu membayar balik sebanyak Rm 450 000+ . Jangan bimbang! sekiranya harga rumah anda meningkat cthnya kepada 250ribu anda boleh membuat refinance dengan kadar bunga yang istimewa.*Dan sekiranya anda gagal membayar mengikut waktu yang kami tetapkan anda dikenakan cas berganda...rumah rm 150 ribu- darab 2-3% percen setiap bulan anda gagal membayar- darab pula dengan interest sedia ada=150 ribu x3$(harap2 lebih lagi)x210%.....dan kalau anda gagal membayar hutang, pihak kami tidak teragak-agak mengambil perintah makamah untuk anda mengosongkan premis anda(rampas rumah) ..
Stimulate economy-menjana ekonomi=bank boleh berbangga dengan ini...kalau diteliti di negara Amerika banklah yang bertanggungjawab menyebabkan krisis ekonomi 'Great Depression'. Menyebabkan beratus2 ribu rakyat Amerika kehilangan rumah (*dirampas bank) kerana gagal membayar hutang kerana kadar bunga terlalu tinggi 20%pada tahun tersebut. Tahap foreclosure yang terlalu tinggi akibat daripada subprime-mortage(*beli rumah-bayar bunga saja untuk lima tahun pertama-tahun2 kemudian bayar sekali dengan hutang -kadar bunga diadjust oleh pihak bank mengikut keadaan ekonomi).Kebetulan pada tahun itu saham jatuh mendadak-dirancang oleh kaum kapitalis-dan terdapat bahawa khabar angin yang sebuah bank yang terkenal akan ditutup. Orang awam berpusu2 menuju bank untuk mengambil wang mereka akhirnya jatuhlah ekonomi Amerika. Akhir sekali, akibat ekonomi merudum kadar bunga subprime mortage tadi diadjust oleh bank sampai ke tahap 20% tahun..menyebabkan ramai rakyat Amerika hidup tanpa rumah.
Merapatkan jurang antara kaya dan miskin-satu retorik dicipta oleh pihak bank-untuk ini ana pernah membaca satu laman web yang memberi kesimpulan yang realistik-"pihak bank mengumpulkan deposit(simpanan) daripada penduduk luar bandar dan penduduk bandar,yang mana wang yang diperolehi dijadikan loan kepada pihak pelabur,peminjam yang rata2 berpusat dibandar dengan kadar faedah yang tinggi. Bagi pendeposit pula keuntungan(interest) drp simpanan amat sikit 1-2% shj. Dan dari segi pengagihan wang,tidak sama rata- golongan bandar yang mendapat keuntungan apabila wang deposit(dalam bentuk loan) banyak dicurahkan kpd mereka memandangkan mereka berpendapatan tinggi....tampak disini bahwa wang orang kampung(kecuali kampung padang enggang) dicurahkan kepada orang bandar. Ini membesarkan lagi jurang antara kaya dan miskin masyarakat bandar dan luar bandar.
Subscribe to:
Posts (Atom)